Skip to content

  Aduan & Maklumbalas

PKPK-icon

Persatuan Kontraktor
Perumahan MALAYSIA
Kelantan

(PPM005-03-1907-2016)

  • Utama
  • Tentang PKPK
  • Ahli
    • Pendaftaran Ahli
    • Senarai Ahli
  • Galeri
  • Artikel
Menu
  • Utama
  • Tentang PKPK
  • Ahli
    • Pendaftaran Ahli
    • Senarai Ahli
  • Galeri
  • Artikel
Facebook Instagram Youtube Tiktok

Galeri

Kunjungan Hormat PKPK Ke JPPH Kelantan

PKPK-JPPH-1
PKPK-JPPH-2
PKPK-JPPH-3
PKPK-JPPH-4

Tarikh : 16 Januari 2023 (Isnin)
Masa : 2:30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat JPPH

Wakil PKPK yang terlibat (5 orang) :

  1. Encik Nik Mohd Ali (Presiden)
  2. Encik Mohd Nasrul (Naib Presiden 2)
  3. Encik Nik Mohd Nasrudeen (Perhubungan Awam)
  4. Puan Nor Ashikin (Timbalan SU)
  5. Nabilah Syahirah (Pengurus)

Intipati Mesyuarat:

  1. JPPH akan mempertimbangkan bagi kelulusan tuntutan 95% (Dengan persetujuan pemilik) bagi kes kelewatan sambungan meter TNB.
  2. Wujud pemalsuan tandatangan bagi pihak jurukur (borang Pengesahan Lot Hartanah) di kalangan Kontraktor Kelantan.
  3. Bagi nilaian porch kereta atau menara tangki air. JPPH mengambil kira nilaian bagi binaan porch & menara tangki air walaupun binaan tersebut berasingan dari binaan utama rumah. Nilaian akan diambil kira jika dinyatakan dalam perjanjian kontrak @ jualbeli.
  4. Kos infra seperti mengetar jalan, longkang dan lanskap perlu dirujuk kepada pihak LPPSA. Pihak JPPH tiada halangan sekiranya kos tersebut mendapat kebenaran nilaian oleh LPPSA.
  5. JPPH mengambil kira nilaian bagi kerja penyediaan tapak seperti menambak tanah, pemasangan culvert (hadapan tanah sahaja) atau pembinaan retaining wall. Kesemua item kerja ini perlu dimasukkan kedalam spesifikasi (Perjanjian kontrak).
  6. JPPH memohon pihak kontraktor menampal @ papan tanda no lot tanah disetiap tapak projek bagi memudahkan pihak JPPH membuat nilaian @ pemeriksaan tuntutan claim.
  7. Bagi nilaian setiap perbezaan spesifikasi. Contoh: pemasangan jeriji, pastikan pihak kontraktor memberi maklumat yang jelas iaitu bahan yang digunakan seperti: “Memasang Jeriji dari jenis Stainless Steel”. Ini memudahkan pihak JPPH membuat nilaian.
  8. Pihak JPPH mengalu-alukan pihak PKPK mengadakan seminar bersama JPPH.(sebarang program yang dapat memberi manfaat kepada pihak kontraktor) serta menjalin hubungan yang baik di antara PKPK & JPPH.
  9. JPPH sentiasa mengekalkan servis semakan tuntutan claim dengan menghubungi kaunter JPPH Kota Bharu dan JPPH Kuala Krai. JPPH memohon maaf diatas isu JPPH Kuala Krai yang tidak melayan panggilan untuk semakan claim progress.
  10. Tempoh masa kesiapan laporan claim kpd LPPSA adalah selama 6 hari bekerja bermula dari tarikh terima borang dikaunter.

Laporan disediakan oleh:
Mohd Nasrul Bin Baharudin
Naib Presiden 2 PKPK

Share Artikel ke Media Sosial :

PKPK-icon

Persatuan Kontraktor
Perumahan Kelantan

(PPM005-03-1907-2016)

Lot 4435 - 4438 Depan Bazar Mara, Bukit Cina Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan Darul Naim

pkpnkel@gmail.com

  • Tentang PKPK
  • Carta Organisasi
  • Ahli PKPK
  • Pendaftaran Ahli
  • Galeri
  • Kenyataan Media
  • Artikel
  • Aduan & Maklumbalas
  • Senarai Tukang

Ikuti Kami di Media Sosial

  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube
  • Tiktok

© Copyright 2025 Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan (PPM005-03-1907-2016). Managed Service by LamanWeb

  • Privasi Polisi
  • Terma & Syarat