Skip to content

  Aduan & Maklumbalas

PKPK-icon

Persatuan Kontraktor
Perumahan Kelantan

(PPM005-03-1907-2016)

  • Utama
  • Tentang PKPK
  • Ahli
    • Pendaftaran Ahli
    • Senarai Ahli
  • Galeri
  • Artikel
Menu
  • Utama
  • Tentang PKPK
  • Ahli
    • Pendaftaran Ahli
    • Senarai Ahli
  • Galeri
  • Artikel
Facebook Instagram Youtube Tiktok

Tentang PKPK

Pengenalan

Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN KONTRAKTOR PERUMAHAN NEGERI KELANTAN atau secara ringkasnya “PKPK”. Ia ditubuhkan pada April 2015 di bawah akta pendaftaran 1596.

Lihat Carta Organisasi
Rectangle 62
Rectangle 63

Objektif penubuhan

Untuk mewujudkan dan membangunkan perniagaan dalam bidang pembinaan perumahan ke arah menjadikan warga kontraktor perumahan yang berdaya maju, berinovasi, kreatif dan tahan daya saing untuk kemajuan bersama dan mendukung cita-cita negara. Disamping menyumbang kepada keutuhan ekonomi syarikat-syarikat perniagaan dalam bidang ini dan juga pemilik rumah khususnya rakyat Kelantan itu sendiri.

Matlamat

1. Bertujuan mengumpulkan semua pemilik syarikat Kontraktor Perumahan diseluruh negeri kelantan dari semua peringkat untuk menjadikan Pertubuhan sebagai “One Stop Agency” sebagai tempat penyimpanan segala data-data rakan persatuan bagi dijadikan rujukan dan juga sebagai payung ataupun tempat pertemuan sesama ahli bagi menyelesaikan sebarang kepentingan dan kebajikan ahli-ahli.

2. Menjadikan fokus utama supaya kemahiran, pengalaman dan pengaruh yang ada pada setiap individu dapat dimanfaatkan bagi Pertubuhan, Masyarakat dan Negara.

3. Membantu ahli didalam memajukan dan menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan secara bersendiri dalam perniagaan bidang perumahan dan mewujudkan semangat kekitaan sesama ahli-ahli persatuan.

4. Memainkan peranan bersama-sama kerajaan dan PBT sebagai tenaga penggerak bagi mencapai ke arah wawasan negara.

5. Menjadikan Pertubuhan sebagai pemangkin bagi membawa ahli-ahli ke arah globalisasi.

Rectangle 64
Rectangle 65

6. Berusaha untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memberikan segala maklumat, pandangan serta cadangan untuk kebaikan sekiranya diperlukan.

7. Memajukan dan memimpin usaha-usaha berkhidmat yang tulen berdasarkan tanggungjawab dan keikhlasan dan memastikan ahli-ahli supaya lebih bertanggungjawab, komited dan aktif dalam bidang pembinaan ke tahap kontraktor cemerlang.

8. Mengutamakan pembinaan yang bermutu tinggi, penjimatan kos dan menepati masa serta memuaskan pelanggan.

9. Sentiasa menjalinkan hubungan yang erat dengan kepimpinan dan agensi-agensi kerajaan terutama yang melibatkan dasar-dasar kerajaan dan melahirkan kontraktor yang berkualiti seiring dengan hasrat kerajaan menuju negara maju.

10. Komited dalam membantu menyelesaikan dan mengurangkan permasalahan kontraktor perumahan di negeri Kelantan secara keseluruhan serta memantau dan menyelaras aktiviti kontraktor perumahan di seluruh negeri Kelantan.

PKPK-icon

Persatuan Kontraktor
Perumahan Kelantan

(PPM005-03-1907-2016)

Lot 4435 - 4438 Depan Bazar Mara, Bukit Cina Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan Darul Naim

pkpnkel@gmail.com

  • Tentang PKPK
  • Carta Organisasi
  • Ahli PKPK
  • Pendaftaran Ahli
  • Galeri
  • Kenyataan Media
  • Artikel
  • Aduan & Maklumbalas
  • Tukang

Ikuti Kami di Media Sosial

  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube
  • Tiktok

© Copyright 2025 Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan (PPM005-03-1907-2016). Managed Service by LamanWeb

  • Privasi Polisi
  • Terma & Syarat