Skip to content

  Aduan & Maklumbalas

PKPK-icon

Persatuan Kontraktor
Perumahan Kelantan

(PPM005-03-1907-2016)

  • Utama
  • Tentang PKPK
  • Ahli
    • Pendaftaran Ahli
    • Senarai Ahli
  • Galeri
  • Artikel
Menu
  • Utama
  • Tentang PKPK
  • Ahli
    • Pendaftaran Ahli
    • Senarai Ahli
  • Galeri
  • Artikel
Facebook Instagram Youtube Tiktok

Pendaftaran Ahli

Kami mengalu-alukan semua kontraktor bina rumah di Kelantan untuk menyertai Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan.

  • Persatuan yang aktif membantu ahli dalam pelbagai isu
  • Sentiasa berkongsi info terbaru berkenaan isu & teknologi dalam pembinaan
  • Membantu ahli yang memerlukan suntikan modal (KORAYA, SME)
  • Mempunyai Penasihat Undang-Undang untuk membantu ahli yang mempunyai masalah dalam urusan kontrak atau pelanggan
  • Menyediakan seminar PERCUMA untuk ahli mengumpul mata CCD

Terma & Syarat

Keahlian

Keahlian adalah terbuka kepada semua pemilik syarikat yang menjalankan perniagaan bidang perumahan dan menjalankan perniagaan tersebut di dalam negeri Kelantan sahaja.
Jumlah keahlian tidak mempunyai had. Semua ahli yang berdaftar layak memegang apa-apa jawatan di dalam Pertubuhan.

Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah di cadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan di hantar kepada Setiausaha Kehormat yang di kehendaki mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

Setiap ahli mestilah mempunyai syarikat sendiri dan mestilah disertakan surat wakil dari penama dalam syarikat jika menggunakan proksi.

Yuran

Bayaran akan dikenakan sebanyak RM 50 sebagai bayaran masuk dan RM 300 pula sebagai yuran tahunan.

Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari Kehormat terlebih dahulu dalam masa tidak lewat sebelum 31 hb Jun setiap tahun.
Untuk memohon keahlian sila berhubung terus melalui Pengurus PKPK di talian 014-8334900.

Pemecatan Ahli

Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi Ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Kehormat dan membayar segala hutangnya.

Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dalam cara mencemarkan nama baik Pertubuhan bolehlah dipecat atau di gantungkan keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana di fikiran munasabah oleh jawatankuasa.

Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan ini hendaklah di laksanakan melainkan Mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

Borang Pendaftaran

Maklumat Syarikat
Akuan Pemohon

Anda juga boleh berhubung terus dengan nombor di bawah sekiranya ada makluman/aduan.

  • 014-8334900
  • 019-9842211
  • 011-14967483
PKPK-icon

Persatuan Kontraktor
Perumahan Kelantan

(PPM005-03-1907-2016)

Lot 4435 - 4438 Depan Bazar Mara, Bukit Cina Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan Darul Naim

pkpnkel@gmail.com

  • Tentang PKPK
  • Carta Organisasi
  • Ahli PKPK
  • Pendaftaran Ahli
  • Galeri
  • Kenyataan Media
  • Artikel
  • Aduan & Maklumbalas
  • Tukang

Ikuti Kami di Media Sosial

  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube
  • Tiktok

© Copyright 2025 Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan (PPM005-03-1907-2016). Managed Service by LamanWeb

  • Privasi Polisi
  • Terma & Syarat